Dr Badrul Amin Baharom 3 Dis 2006 Manir

Berkenaan isu sms murtad,perlis darul sunnah,status islam datuk azhar mansur,
sisters in islam,bidaah, dan sebagainya....

14 Comments:

  1. ~ n.u.u.r ~ said...
    Ya Allah.. Ustaz Badrul! lamanye tak jumpa dia and family.!

    syukur ustz badrul styll sehat.
    syahid_zul said...
    Huiks..macam rapat je ngn ustaz badrul..hehe.Bagusla..
    ~ n.u.u.r ~ said...
    ;) buleh laa
    cume sjak balik mesia, bru sekali dua je jumpa ustaz sfamily~

    best sgt ngan ustz~ lawak!
    nak tau nama familynye? (jd minah kepoh jap)
    isteri.. macek zu
    pastu kak najwa, abg an + abg apik (kembar),
    nuha, najhan, najma, najda

    :D
    sedap kan nama anak2nye. nak culik najma utk nama ank sy. :P hehehehe
    syahid_zul said...
    oo...lagu 2 plak..hehe
    leh main culik2 ek..
    bgusla..pepe pun dgr ceramah 2 dlu..
    renungkn bebaik..hehe
    ~ n.u.u.r ~ said...
    ya ya... mmg pun .. my mom pun dgr sama. +)
    redtide said...
    Salam 'alaik..

    Ini kali pertama saya menyaksikan ceramah Dr Badrul.

    Astaghfirullah.. Apakah ustaz hendak membela agama atau ada agenda lain? Mengapa beri pandangan seolah-olah lebih baik bertindak dengan emosi?

    Bukankah Islam telah mengajar kita supaya menyelidiki dahulu sesuatu khabar jika ia betul atau tidak sebelum mempercayainya?

    Saya bukan tak setuju tindakan tidak patut dibuat, lebih2 lagi apabila sesuatu yang berkaitan agama Islam terancam. Tetapi kita harus menjaga imej Islam. Islam bersifat rational dan adil.

    Jika hendak menuduh sesiapa, orang yang menuduh itu yang sepatutnya menjelaskan dengan bukti yang kukuh mengenai kesalahan orang itu. Jika takde bukti tak boleh berprasangka.

    Apakah dengan cara Dr ini akan menyelesaikan masaalah atau lebih menambahkan masaalah, menggalakkan permusuhan? Seperti apa yang ustaz suggest, membakar gereja?

    Apakah Rasulullah s.a.w. akan mengambil tindakan sebegitu dalam masaalah yang sama?

    Saya bukan "Anti" sesiapa atau berpihak pada sesiapa..takde kena mengena dengan Malaysia pon.. cuma hendak membela sifat agama Islam yang sebenar, apa yang telah saya pelajari dari al-Quran dan as-Sunnah.

    Wallahu'alam.
    syahid_zul said...
    Erm...serasanya Ust badrul amin x suggest psl bakar bendera.kadang2 penilaian yg mana berseloroh dan yg mana pendirian perlu kita berhati2 padanya.
    Bertindak atas prasangka adalah tidak patut!!Saya sama sekali tidak bersetuju atas mana pihak yang bertindak atas prasangka.
    Tetapi menyiasat atas prasangka adalah HARUS!!Bila bertiup cerita ttg kes pembabtisan di gereja di ipoh tersebut,penyiasatan harus dibuat secara adil dan professional.Saya pelik mengapa tiada penyiasatan dan kita masih buntu dlm menanti jawapan apakah berita yg disebar melalui sms itu benar atau tidak.
    Sepatutnya kedua-dua pihak harus disiasat.Saya tidak nmpak sebarang kepentingan (samada ingin ingin menjatuhkan nama azhar mansur atau mensensasikan isu) manusia yg menyebarkan sms tersebut.Yang pasti,penyiasatan harus membuktikan segala-galanya!!
    THIS IS THE TRUE RATIONAL IN ISLAM..
    redtide said...
    Assalamu'alaika ya akhi,

    Ustaz sendiri kata dlm ceramah, kalo dia terima sms sebegitu, dia akan terus forward kepada yang lain.. Apakah ini tindakan secara rational atau emosi dan berprasangka?

    Dia sendiri kata Azhar Mansor murtad sementara tak ada bukti. Apakah wajar menghukum begitu saja? Bukankah ini atas prasangka?

    "ustaz, apa hukum bakar gereja?..kalo nak ikut, mudah, saya kata halal..

    ustaz kata, sabar jangan buat benda pelik2, kita cinta keamanan..

    tapi di hujung tu saya bagi tau juga, kalo nak buat jangan bagi tau saya.." inikah yg dimaksudkan berseloroh?

    Ustaz memberi pandangan kalo nak tahlil, talkin dan qunut teruskan.. tapi tak memberi nas-nas, atas apa ia digalakkan Allah SWT atau Rasulullah s.a.w?

    Apakah diajarkan sunnah untuk menghukum sesiapa begitu saja? wahabbi, yahudi, murtad, kafir.. hukum saja?

    Saya takmolah berbalah sangat siapa yang betul atau salah. Cuma ingin menasihati. Saya yakin dengan apa yang saya katakan ini dan saya yang akan membawanya berhadapan dengan Allah SWT di akhirat kelak untuk dinilai.

    Yang penting apa-apa kita buat biarlah balik kepada al-Quran dan ajaran Nabi s.a.w. Fikirkan bagaimakah Rasulullah s.a.w akan menangani masaalah tersebut. Beliaulah contoh yang paling baik diteladani..

    Tak semua pandangan ustaz salah, yang baik kita sokong.. tapi yang bercanggah dengan syariat, patut diteliti dan berhati-hati. Wallahu'alaam.

    Wassalam wr. wb.
    syahid_zul said...
    Ooo...pasal 2 rupanya.
    Pertama sekali saudara perlu sedar,yang pertimbangan saudara telah dipengaruhi faham "isu-isu bidaah".
    Saya tidak berniat untuk menghukum sesiapa sbg wahabi,salafi,khilafi dan sbgnya.Krn saya tidak nampak apa2 kepentingan utk "imej"kan kpd umum ttg perselisihan yg merugikan ini.

    Ada beberapa benda yg saya xbrapa fhm,kalau sadara redtide fhm,tolong ajar saya.
    1)siapakah yg wujudkan amalan talkin,baca yasin,qunut dan seumpanya..?

    cumanya ceramah Dr badrul kali ini seakan dipengaruhi prasangka.Tapi xkanlah kerana 1 ceramah kita terus menghukum berpuluh2 ceramah beliau yg lain?Kita diajar,apabila berhadapan dgn ahli ilmu,berlapang dada dan tidak bertepuk tangan apabila menemui kelemahan...
    Dr Badrul ialah insan,pasti kita menemui kelemahannya...

    wassalam
    redtide said...
    Hmm, tentang siapakah yg wujudkan amalan talkin,baca yasin dan seumpanya nih..

    Saya tak tahu siapa yang mewujudkannya. Itu tak penting. Yang penting ialah untuk mempraktikkan sesuatu ibadah hanya jika ada backing dari dalil2 yang kuat.

    Talkin tuh memang ada tetapi talkin pada zaman ini sangat berlainan daripada yang apa Nabi s.a.w. ajar.

    baca artikel nih, Talkin Di Kuburan - http://al-qayyim.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=25

    Saya harap saudara syahid baca artikel seluruhnya secara ilmiah dan berlapang dada tanpa emosi sebelum menilai.

    Saya fahami dari ceramah nie, Dr Badrul menganggap sunnah yang dibawa Dr Asri nih wahhabi. Artikel tuh dari laman webnya. Wahabbi berasal dari Saudi. Dr Asri belajar di Jordan. Apa kena mengena dengan Saudi? Apa itu wahabbi sebenarnya?

    Mengenai perkara lain juga bleh dapat info-nya di laman web itu.

    Saya harap saudara syahid bersabar membaca dan Mudah-mudahan akan mendapat jawapannya. Insya-Allah.

    Ilalliqa'
    syahid_zul said...
    Syukran...
    Saya juga mengikuti rapat kuliah Dr Asri..dan saya faham semua hujjah Dr Asri berkenaan bidaah.Kerana itu saya menulis artikel potensi ikhlas dan semangat.Ianya kesan dari kuliah Dr Asri apabila beliau berhujjah,"kita mungkin ikhlas terhadap ibadah kita,tetapi sejauh mana ibadah kita itu tepat mengikut kehendak Allah.Hindu juga beribadah tetapi ibadahnya tidak tepat dr pandangan syara' walaupun hindu ikhlas ketika beribadah".
    Cumanya saya belum jumpa hujjah orang yg mencipta talkin,qunut etc ini utk dibuat perbandingan.
    Apa pertimbangan mereka ketika mereka "terfikir" utk menambah qunut,bertalkin,berdoa slps solat etc..bab ni saya xfaham..
    Saya boleh menerima hujjah Dr Asri,tetapi selagi saya tidak menilai hujjah dr golongan khilafi,saya xmahu buat apa-apa kesimpulan.
    Mungkin apa yg mampu saya lakukan skrg ialah bertakliq dgn apa yg saya telah buat selama ni.
    Dan saya bersetuju juga,pandangan ulama terdedah kpd kajian semula.Tetapi jika kita tidak setuju dgn imam syafie misalnya,adakah kita layak utk tidak bersetuju dgn ilmu yg kita ada?
    Terlalu byk persoalan yg saya xfhm..sbb tu saya xmahu ckp byk bab ni dan saya xnak keraskan suara2 saya ketika saya xfaham...
    Saya tidak menuduh Dr Asri wahabi,dan pada saya ,Muhammad abdul wahab pada pandangan maryam jameelah bukanlah seorang yg pelampau seperti yg digambarkan.Mungkin pengikutnya bersifat keras,tetapi pada saya,berlapang dada adalah sebaiknya...
    Saya memetik kata2 Dr Asri,"syaitan akan menyesatkan manusia agama dgn 2 cara,samada dia menjadikan mereka fanatik atau menjadi mereka terlalu terbuka..."
    Wassalam..
    Syaikh Al-Bakistani said...
    Dr Badrul Amin tak sedar, duduk dalam Parti Keadilan itu pun sudah bidaah...

    kalau ikhlas dengan Islam, masuk PAS je laaaa
    Unknown said...
    Kepada Blogger Dr Al-Bakistani..

    "Dr Badrul Amin tak sedar, duduk dalam Parti Keadilan itu pun sudah bidaah...

    kalau ikhlas dengan Islam, masuk PAS je laaaa"

    Apekebenda comment ko nih? takde ciri2 ilmiah langsung. jgn igt PAS sahaja yg islam. jgn terlalu obses pada parti politik. org lain pon PAS jgk tp jgn anggap PAS aja pasti sume betul.

    kalo nak tau, Syiah pon asal dari fahaman politik yg lama kelamaan menjadi sesat. apa2 pon, aku rasa tak patut Ust Badrul Amin ckp mcm tu. if nak bidah kata2 Dr Asri guna lah dalil2 dari quran atau hadith2 Rasulullah S.A.W.

    redtide dan syahid_zul, korang2 dua2 mengerti sunnah rasanya. tp topik mcm dah mula kearah lain nih. pokok asalnya, saya kira cara Ust Badrul Amin membidas Ust Dr. Asri tak kena dengan cara2 yg diajar Rasulullah. saya petik dari kuliah Dr. Asri "asal namanya INSAN, maka tak terlepas lah ia dari melakukan kesalahan".. kite ni bukan maksum.. kita semua akan melakukan kesalahan. bagi saya, saya rasa ada cara yg lebih sihat untuk menegur. and pastikan ckp menggunakan dalil, jangan menggunakan nafsu
    Unknown said...
    ps: ada sesiapa antara korang ade .pdf utk mane2 buku hadith mcm Bulughul Maram, Al-Muwaththa’, Al-Umm, Sahih Bukhari , sahih Muslim or ape2 lah bahan bacaan tp yg dah dalam BM translation? susah beno nak cari.. byk yg dalam bahasa indonesia.

Post a Comment